Nasional

UPSI kenang jasa ibu bapa graduan sempena hari bapa

ISTIADAT Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-23 yang berlangsung sejak semalam di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah , Proton City menyaksikan ibu bapa graduan yang menerima anugerah kecemerlangan dijemput ke pentas bersama graduan berkenaan.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff langkah itu dilakukan atas keinsafan bahawa ia perlu sebagai penghargaan khas dan istimewa terhadap pengorbanan kedua ibu bapa yang berkorban terhadap graduan sehingga berjaya menggengam segulung ijazah apalagi mencapai tahap kecemerlangan.

“Graduan yang cemerlang bukan sahaja berjaya menamatkan pengajian, namun mereka juga dinilai dengan tapisan yang ketat untuk menerima anugerah kecemerlangan,’ katanya.

Beliau berkata ibu bapa adalah insan mulia yang mula-mula sekali mendidik mahasiswa sedari kecil dan sanggup mengharungi pelbagai kepahitan demi memberi pendidikan dari peringkat tadika, skolah sehingga ke universiti.

Justeru, katanya, jasa dan pengorbanan mereka tidak akan mampu diukur dengan apa sahaja pembalasan oleh mahasiswa.


Penerima angerah kecemerlangan pada sesi pertama menerima daripada Raja Permaisuri Perak iaitu Canselor, Tuanku Zara Salim yang membuatkan ada hadirin yang menitiskan air mata terharu.

Dusha bersama kedua ibu bapa masing menaiki pentas menerima Anugerah Pelajaran Diraja daripan Canselor, Tuanku Zara Salim di Dewan

Penerima Anugerah Pelajaran Diraja, Dusha Nanthakumar, 25, bersama bapa, Nanthakumar A/L Batubanaban, 53 dan ibu, P Punithavathi A/P Purushothanam, 51, manakala penerima Anugerah Pelajaran Diraja , Siti Khadijah Asha’ari,24, juga naik ke pentas bersama bapanya, Asha’ari Yusoff, 74, dan ibu, Pauziah Mahmood,69.

Walaupun Asha’ari yang mengalami kesakitan disebabkan `slip disc’, namun menggagahi dirinya naik ke pentas untuk meraikan kejayaan anaknya merangkul anugerah itu.

Penerima Anugerah Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Muhammad Faiz Farhan , 24, terharu dengan peluang diberikan UPSI untuk ibu dan bapanya naik ke pentas bersama-sama.

Muhammad Faiz menyampaikan kad ucapan Hari Bapa kepada bapanya di luar dewan sambil disaksikan ibunya.

Menurut Md Amin, paling bermakna penghargaan yang diberikan itu bersempena sambutan Hari Bapa hari ini iaitu pada sesi kedua urus setia istiadat memberikan kad ucapan Selamat Hari Bapa kepada ibu bapa masing-masing selepas tamat majlis.

(Visited 103 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button