Hiburan

Festival muzik terbesar akan gegarkan MAEPS

SATU festival muzik terbesar ‘SoundCircus Festival 2023’ bakal diadakan pada 29 Julai 2023 ini bertempat di MAEPS, Serdang bagi meraikan tahun ke-12 penubuhan Art Of Speed Malaysia (AOSM), bersama-sama pengeluar produk peranti elektronik, BRO Asia, dan jenama motosikal terkenal, Harley-Davidson.

SoundCircus Festival 2023 merupakan festival muzik yang memberi tumpuan khusus pada genre rock punk dan ska yang pertama seumpamanya di Malaysia dengan kualiti produksi setaraf festival muzik antarabangsa bagi memastkan peminat dapat berhibur dalam suasana yang selamat.

Menurut Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas, AOSM &SoundCircus, En. Asep Ahmad Iskandar,& pada tahun 2017 pernah mendapat sambutan yang luar biasa dari pengunjung oleh itu mereka sekali lagi mengadakan acara itu.

“Disebabkan sambutan luar dugaan sewaktu SoundCircus Weekender tempoh hari dengan kehadiran lebih 2,000 penonton, AOSM berpendapat bahawa acara tersebut wajar dilanjutkan pada bulan Julai ini di lokasi lebih besar sebagaimana yang pernah diadakan sebelum ini, bersempena juga dengan ulang tahun ke-12 pertunjukan AOSM yang diadakan saban tahun,” jelasnya.

“Bagi memeriahkan lagi SoundCircus Festival 2023 pada kali ini, kami akan mengetengahkan 5 band tempatan yang akan bertarung dalam sebuah segmen khas Harley-Davidson ‘Battle Of The Bands’ untuk memenangi hadiah berupa pakej ke luar negara bagi membuat persembahan di festival yang bakal di anjurkan oleh Harley Davidson pada hujung tahun ini.

“Istimewanya festival muzik SoundCircus Festival 2023 pada tahun ini adalah sistem visual audio yang lebih mantap dari sebelumnya dengan kemunculan khas band Superman Is Dead dari Bali, Indonesia yang akan mempersembahkan 16 lagu kesemuanya serta persembahan daripada band-band tempatan bagi memastikan kepuasan pengunjung pada tahap yang maksimal.

“Saya berharap agar pengunjung akan terhibur dengan persembahan serta suasana yang kami janjikan, teruskan menyokong industri muzik kita!

Walaupun penajaan langsung dari syarikat yang berpangkalan di luar negara namun harga tiket dapat dikurangkan tanpa menjejaskan kualiti festival serta membuka peluang buat pemuzik tempatan untuk beraksi di luar negara.

Bagi mereka yang berminat untuk menyaksikan festival SoundCircus Festival 2023, tiket-tiket dijual pada harga RM120 (Festival Ticket), RM135 (All-Access), RM360/4 pax (Group Buy), RM35 (Exhibition Ticket) dan RM60 (Fastlane) di laman web www.artofspeedmy.com.

IG : https://www.instagram.com/artofspeedmy/

FB : https://www.facebook.com/ArtOfSpeedMY

TikTok : https://www.tiktok.com/@artospeedmy

YouTube : https://www.youtube.com/c/ArtofSpeedMalaysia

(Visited 38 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button