BanjirNasional

Azam Motor, Giat Solutions tawar perkhidmatan percuma kepada mangsa banjir

DUA individu menawarkan bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas teruk tetapi bantuan yang ditawarkan oleh Mastinah Mohd. Sani dan T. Pukalenthi lain daripada bantuan yang dihulurkan seperti membersih rumah yang dilakukan bersama-sama dengan badan bukan kerajaan (NGO).

Apabila mangsa gagal menyelamatkan barang-barang di dalam rumah termasuk kenderaan ditenggelami air, Masitah tampil menawarkan bantuan mencuci kenderaan secara percuma.

Pukalenthi pula menyediakan pemeriksaan terhadap komputer dan komputer riba, juga secara percuma.

PEKERJA bengkel Azam Motor giat membersihkan kenderaan mangsa banjir. – GAMBAR FMT

Masitah yang memiliki bengkel kereta, Azam Motor berkata, pekerja-pekerjanya di cawangan di Banting, Selangor akan membersihkan bahagian luar dan dalam kenderaan milik mangsa banjir yang terdiri daripada golongan B40.

Itu syaratnya yang diletak oleh Masitah bagi mangsa yang kenderaannya tenggelam dalam banjir.

Menurut Masitah, sejak Isnin lalu, beliau menawarkan perkhidmatan ini kerana merasa terpanggil untuk membantu mereka selepas melihat keadaan yang teruk akibat banjir.

“Ketika mereka risaukan keadaan rumah yang sama ada perlu dibaiki atau dibina semula, saya menawarkan perkhidmatan ini supaya mereka boleh menggunakan kenderaan dengan segera dan keluar bekerja,” katanya.

Setakat ini, pihaknya telah membersihkan 20 buah kenderaan dan membuat 100 temu janji.

Selain mencuci kenderaan, bengkel Azam Motor hanya mengenakan caj RM70 sahaja untuk penukaran minyak enjin.

Pukalenthi pula yang memiliki kedai Giat Solutions di Puchong berkata, beliau menerima lebih 60 panggilan dan bertanyakan m,engenai perkhidmatan yang ditawarkannya.

“Sejak saya beritahu seorang rakan mengenai tawaran perkhidatan ini di WhatsApp, saya menerima lebih 60 panggilan yang bertanyakan tentang perkara ini.

“Saya terkejut dengan sambutan yang diterima dan ramai yang menghubungi saya biasanya mereka yang bekerja di pejabat, pensyarah di institusi pengajian tinggi, para pelajar, universiti, syarikat-syarikat malahan klinik juga,” katanya. – SUMBER FMT – SM

(Visited 308 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button