Politik

Parti Cinta Sabah letak calon di semua DUN kecuali Apas

Parti Cinta Sabah (PCS) pimpinan bekas menteri luar, Datuk Seri Anifah Aman mengumumkan akan bertanding di 72 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Parti tersebut hanya tidak meletakkan calon di DUN N68 iaitu Apas.

Adik kepada bekas ketua menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman itu berkata, dia meletakkan calon hampir di semua DUN kecuali Apas kerana percaya rakyat Sabah mahukan wakil dari PCS.

Justeru, tidak adil katanya jika di meletakkan calon di kawan tertentu sedangkan Parti Cinta Sabah mahu membela semua rakyat Sabah.

“Saya percaya seluruh kawasan di Sabah ini menginginkan calon-calon dan wakil-wakil dari PCS, barangkali tidak adil jika 73 kawasan kita cuma tanding 60 kawasan kerana hakikatnya kita mahu bela baki kawasan itu.

“Kita mahu menggunakan peluang ini untuk membela nasib semua. Kita memang adil dari awal lagi, Insya Allah jika parti ini memerintah tidaklah kawasan yang tertinggal kelak. Kita mahu adil, kita letak semua.

“Tidak sampai hati tidak bela kawasan tertentu atau kita hanya pilih kerusi tertentu sahaja. Kita tidak dapat bertanding kesemua 73 kerusi kerana satu itu ada sebabnya dan saya tidak boleh dedahkan itu ketika ini,” katanya.

Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 mempertaruhkan 73 kerusi DUN.-SM

(Visited 270 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button