Belang Bertempat

Tangani kebergantungan import: Ada pelan jangka pendek, jangka panjang

TIADA jawatan dalam barisan kabinet atau duduk dalam Kerajaan perpaduan mahupun sebagai Ahli Parlimen, bukanlah persoalan utama yang mahu diutarakan di sini sebaliknya jika buah fikiran yang molek, boleh sahaja dikongsi untuk manfaat semua pihak khususnya rakyat.

Pengerusi Biro Ekonomi Parti Putra Malaysia merangkap Ahli Dewan Tertinggi, Dr Mohamad Izwan Zainal berkata, kalau ditinjau sekitar sebulan dua ini mendapati, harga beras tempatan naik sekitar antara 13% dan 15% di pasaran.

Pengerusi Biro Ekonomi Parti Putra Malaysia merangkap Ahli Dewan Tertinggi, Dr Mohamad Izwan Zainal

Sebagai makanan rugi bagi penduduk di Malaysia amat memberikan tekanan susulan India menghentikan larangan eksport yang kesan daripada faktor perubahan iklim dan selain daripada itu, kejatuhan mata wang Ringgit Malaysia (RM).

Mohamad Izwan mengajak kita melihat struktur perubahan dan kesannya. Daripada larangan eksport beras daripada India memberikan kesan kepada nilai supply beras import menurun berbanding keperluan yang konsisten mengakibatkan kenaikan harga beras import.

Menurut Mohamad Izwan, beras import ini mungkin pada dasarnya adalah menjadi tumpuan kepada golongan M40 dan T20 manakala beras tempatan mungkin majoritinya yang menggunakannya adalah dalam kalangan golongan B40.

Oleh itu, kata Mohamad Izwan , akibat kenaikan harga beras import ini, sebahagian golongan M40 dan T20 telah beralih mungkin sementara atau kebanyakkannya kekal kepada beras tempatan yang harganya jauh lebih rendah.

“Justeru nilai keperluan beras tempatan meningkat manakala supply konsisten pada satu nilai memberikan kesan kepada kenaikan harga beras tempatan,” katanya.

Sepertimana yang diketahui umum, makanan adalah merupakan salah satu yang ada pada sistem keselamatan makanan (Food Security System). Impaknya adalah besar kepada satu-satu negara sekiranya Food Security System tidak berada pada landasan yang baik.

Sehubungan itulah, Mohamad Izwan berpendapat bahawa Kerajaan perlu mencari punca kuasa dalam menangani isu ini yang kita sedia maklum, pada ketika ini, rakyat dibebani dengan kos sara hidup yang meningkat naik untuk tempoh dua tahun pasca Covid-19 yang lalu.

Tegas Mohamad Izwan , sama ada menaikkan nilai subsidi untuk beras tempatan bagi mengekal harga beras pada kadar biasa iaitu sebelum krisis kenaikkan harga beras sebagai perancangan jangka masa pendek manakala bagi perancangan jangka masa panjang pihak kerajaan perlu mencari pendekatan yang holistik dengan mencadangkan Urban Farm yang terletak di kawasan-kawasan bandar atau pinggir bandar.

beras
– Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
(KPKM) sedang giat melaksanakan langkah intervensi bagi meningkatkan bekalan beras
putih tempatan (BPT) di pasaran.

Di samping memberikan sokongan melalui dana-dana awam dan memastikan dana-dana awam ini disalurkan pada pihak yang boleh dan terbukti mereka adalah usahawan yang mengusahakan penanaman padi.

Dalam pada itu, kata Mohamad Izwan  lagi, pemerkasaan institusi-institusi penyelidikan seperti MARDI, FAMA, Institusi Pertanian Malaysia (IPSM) dan sebagainya perlu diberikan penekanan dalam memastikan peningkatan pendapatan negara dalam sektor pertanian yang komprehensif untuk kualiti dan kuantiti yang kesannya mengurangkan kebergantungan kepada import

Mohamad Izwan juga berpendapat, selain daripada itu juga, kegiatan kartel-kartel beras yang selama ini menjadi lintah darat kepada pekebun-pekebun yang akhirnya memberikan kesan kepada masyarakat ini perlu ditangani sewajarnya.

“Pekebun-pekebun kecil ini yang berpengalaman bertahun lamanya perlu diberikan peluang untuk mengembangkan kreativiti dengan memberikan kursus-kursus dan dana-dana untuk memastikan pekebun-pekebun kecil ini menjadi pekebun-pekebun moden.

“Dan mungkin dengan keupayaan mereka, kartel-kartel beras ini dapat dikawal dan sebaiknya dihapuskan melalui ikatan undang-undang di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan,” katanya.

Mohamad Izwan berkata, Kerajaan madani terutamanya Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim diminta fokus, hands on dan berhenti retorik.

“Rakyat mahu tengok hasilnya,” kata Mohamad Izwan. – SM

BACA Putra adalah alternatif, tolak gabungan mana-mana parti

BACA Menteri Dalam Negeri kena adil kepada semua parti politik – Ibrahim Ali

(Visited 209 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button