Hiburan

“Sebenarnya.. Dragon Ball ada 7 biji kesemuanya,” – Dialog kegemaran kanak-kanak 90-an

Suatu masa dahulu, siri animasi Dragon Ball dari Jepun sering memeriahkan masa lapang kanak-kanak yang lahir pada era 90-an.

Bagi yang bersekolah di pantai timur, ada yang di antara mereka sanggup ponteng sekolah pada hari Ahad kerana tidak mahu terlepas rancangan.

Siri ini bermula di Majalah Shōnen Jump Mingguan bermula 3 Disember 1984 sehingga 5 Jun 1995, dengan bab-bab tersendiri diterbitkan dalam jilid tankōbon oleh syarikat Shueisha sebanyak 42 buah jilid.

Siri anime adaptasinya selama dua musim dihasilkan oleh Toei Animation dan ditayangkan di Fuji TV.

Siri pertama telah menayangkan 153 buah episod siri televisyen bermula pada 26 Februari 1986 sehingga 12 April 1989.

Siri kedua bertajuk Dragon Ball Z telah menayangkan 291 buah episod bermula pada 26 April 1989 sehingga 31 Januari 1996.

Musim tambahan hasil karya Toei iaitu Dragon Ball GT telah menayangkan 64 episod bermula pada 7 Februari 1996 sehingga 19 November 1997.

Siri Dragon Ball Z ditayangkan semula menggunakan format video skrin lebar berdefinisi tinggi (HD) tetapi menggunakan tajuk berbeza iaitu Dragon Ball Kai sempena ulangtahun Dragon Ball Z ke-20.

Siri terbaru bertajuk Dragon Ball Super telah mula ditayangkan pada 20 Jun 2015 sehingga kini.

Siri ini mengisahkan kehidupan Son Goku, seorang budak berekor monyet dari saatnya kecil hinggalah dia mencapai umur dewasa dan mendapat anak serta cucu.

Dia mendapat banyak rintangan namun akhirnya menjadi pendekar yang terkuat di seluruh angkasa.

Klik untuk sertai Group Whatsapp Berita Malaysia

(Visited 556 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button