NasionalNegeriPendidikan

380 graduan UniMAP terima anugerah Ijazah

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menganugerahkan folder ijazah kepada seramai 380 graduan pada Sidang Ke Lima Bagi Istiadat Konvokesyen Ke-16 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra, Perlis, hari ini.

Baginda selaku Canselor UniMAP menganugerahkan ijazah ini kepada graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekatronik, Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri) dan Teknasologi Kejuruteraan Elektrik (Teknologi Robotik dan Automasi).

Turut disampaikan juga ijazah kepada waris graduan Mendiang M. Vimalraj yang telah meninggal dunia.

Rqja Muda dalam titah menasihatkan para graduan cuba mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan di tempat kerja dengan sentiasa memandang berat perpaduan antara pekerja dan pekerja; serta pekerja dan majikan.

Baginda bertitah Ini adalah kerana perpaduan harus sentiasa wujud dalam sektor pekerjaan. – SM

(Visited 300 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button