Nasional

UPNM, Unisel ambil langkah tangguh aktiviti bersemuka

DUA IPT di Lembah Klang ambil tindakan tangguh aktiviti secara bersemuka termasuk pelaksanaan sesi akademik bagi 2020 dan 2021.

Mematuhi arahan Kementerian Pengajian Tinggi, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), bagi sesi akademik baharu, universiti tersebut akan melaksanakan kelas secara dalam talian (online).

Ini temasuklah pendaftaran pelajar baharu secara online yang melibatkan 920 orang pelajar Sarjana Muda.

“UPNM terus fokus kepada aspek pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian. Ini termasuklah program-program khas dalam talian untuk pelajar baharu.

“Daripada jumlah itu, seramai 58 penuntut awam sudah mendaftar secara fizikal memandangkan mereka datang dari jauh serta berada di sekitar Kuala Lumpur.

“Ia dilakukan mengikut garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara.”

Demikian kenyataan UPNM hari ini berhubung penangguhan pendaftaran belajar baharu secara fizikal yang sepatutnya berlangsung pada Sabtu dan Ahad lepas.

Bagaimanapun, UPNM menambah, pelaksanaan sesi pembelajaran secara online akan mengikut kesesuaian keadaan semasa pandemic Koronavirus (Covid-19).

Justeru, pelajar kemungkinan dibenarkan Kembali ke kampus pada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Sementara itu, Universiti Industri Selangor (Unisel) membenarkan pelajarnya berada kekal berada dalam kampus sehingga peperiksaan akhir semester Julai/Ogos 2020 tamat.

Presiden Unisel, Prof. Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman memaklumkan, kebenaran tersebut hanya bagi pelajar yang sedang mengikuti aktiviti akademik.

“Namun, universiti membenarkan pelajar yang ingin pulang ke rumah masing-masing tetapi tidak dibenarkan kembali semula ke kampus sehingga dimaklumkan.

“Ia sebagai langkah universiti mengawal penularan pandemik COVID-19,” katanya.

Bagaimanapun, bagi pelajar yang berada di luar kampus diminta untuk menangguhkan pertemuan secara bersemuka dan meneruskan sesi pembelajaran secara dalam talian.

Sebarang perubahan akan dimaklumkan dan beliau turut meminta semua kakitangan dan pelajar menangguhkan sementara akrtiviti secara berkumpulan dalam masa terdekat ini.

“Pengurusan Unisel akan terus memperketatkan lagi kawalan di semua pintu masuk universiti.

“Iaitu bagi Kampus Shah Alam dan Bestari Jaya mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan,” ujarnya. – SM

(Visited 169 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka
Back to top button