Politik

Akhirnya Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO bersuara

AHLI Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Md. Alwi Che Mad mendesak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan presiden parti itu.

Kata beliau, di dalam Sistem Demokrasi Berperlembagaan, apabila sesuatu parti politik itu berhadapan dengan keputusan terburuk di dalam Pilihanraya Umum Negara , Ketua ataupun Presiden parti yang kalah dalam Pilihanraya perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan meletakkan jawatan setelah dilihat ditolak oleh rakyat.

”Ini sering berlaku di Great Britain dan negara-negara Eropah lain. Ia bertujuan untuk memberi ruang serta nafas baru, kepada parti politik berkenaan reform dan reset semula kearah memulihkan imej parti yang telah kalah dalam Pilihanraya.

“Dalam hal ini, Presiden UMNO perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum ke 15 baru lalu.

”Dato’ Seri Zahid Hamidi perlu mengundurkan diri secara terhormat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, ahli-ahli parti dan pemimpin UMNO selama ini telah dengan taat mengikuti segala arahan dan naratif Presiden.

Kesilapan percaturan strategi dan naratif Presiden yang silap pada PRU15 membawa padah dan kekalahan paling teruk dalam sejarah UMNO, katanya.

“Oleh yang demikian, Dato’ Seri Zahid Hamidi perlu berjiwa besar dan melepaskan jawatan Presiden UMNO sebagaimana yang dilakukan oleh Dato’ Sri Najib Razak dan pemimpin-pemimpin politik lain diseluruh dunia sebelum ini agar dapat memberi ruang kepada pengantinya meneruskan perjuangan parti ini,” katanya.

(Visited 687 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button