Bola SepakSukan

Kejuaraan B-16 AFF 2022: Malaysia, Myanmar catat keputusan seri 1-1

IMPIAN skuad Harimau Muda Bawah 16 (B-16) tahun negara melebarkan rentak kemenangan saingan Kumpulan C Kejuaraan B-16 AFF 2022 tidak kesampaian apabila terikat seri 1-1 ketika berdepan Myanmar pada Jumaat.

Dalam perlawanan di Stadium Maguwoharjo, Sleman, Indonesia itu, anak buah Osmera Omaro terlebih dulu berada di depan hasil jaringan Dainei Mat Disa pada minit kedua untuk mendahului babak pertama 1-0.

Foto: FB FAM

Babak kedua, Malaysia kembali disaingi corak permainan agresif Myanmar. Hasilnya, Kaung Khant Zaw berjaya memadamkan pendahuluan babak pertama Harimau Muda B-16 menerusi jaringan minit ke-50.

Keputusan seri itu menyaksikan skuad negara kekal mengemudi kumpulan dengan empat mata biarpun berkongsi mata bersama Myanmar selepas mengharungi dua perlawanan, namun dipisahkan jaringan.

Harimau Muda B-16 yang menundukkan Kemboja 3-0 pada aksi pertama Selasa lalu bakal melengkapkan kempen kumpulan apabila berdepan pasukan pilihan Australia di Stadium Maguwoharjo, Isnin ini.

Artikel berkaitan > Kejuaraan B-16 AFF 2022: Harimau Muda berjaya benam Kemboja 3-0

(Visited 515 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button