Ekonomi

UOB Malaysia meletakkan kesejahteraan mental sebagai teras pendekatan baharu

UOB Malaysia hari ini mengumumkan bahawa kebanyakan daripada tenaga kerjanya yang berjumlah hampir 5,000 akan diberi pilihan untuk bekerja dari jarak jauh sehingga dua hari seminggu apabila sekatan Covid-19 ditarik balik sepenuhnya.

Mendasari perubahan kekal ini adalah aspirasi Bank untuk memastikan rakan sekerja mencapai keseimbangan yang sesuai antara tanggungjawab profesional dan kesejahteraan mental. Bekerja dari jarak jauh dua hari seminggu didapati paling bermanfaat untuk kakitangan mengekalkan rasa masih terhubung dengan rakan sekerja dan syarikat di samping mencapai prestasi optimum.

Pengumuman Bank adalah berikutan semakan corak kerja, tempat kerja dan alatan teknologi tenaga kerja semasa pandemik COVID-19. Hampir 60 peratus daripada peranan Bank dinilai sesuai untuk dilakukan dari jarak jauh, sama ada dari rumah atau lokasi selain daripada tempat kerja yang ditetapkan oleh kakitangan.

Pilihan Kerja Jarak Jauh baharu UOB Malaysia ini adalah sejajar dengan sentimen komuniti yang lebih luas di mana 90 peratus pekerja di seluruh Malaysia berkata mereka menjangka bahawa bentuk pengaturan kerja yang fleksibel2 akan lebih diamalkan dalam era selepas pandemik.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Negara Sumber Manusia, UOB Malaysia, Lai Tak Ming berkata, pandemik ini telah mengubah cara kita bekerja di masa depan dan bahawa konsep apa yang membentuk “tempat kerja” telah melalui pemikiran semula pada asasnya.

“Pandemik COVID-19 telah mendorong syarikat untuk melakukan perubahan mendalam daripada model tempat kerja tradisional kepada kerja jarak jauh hampir sepenuhnya, sekali gus menukar cara organisasi dan pekerja beroperasi. Kini, apabila ekonomi mula dibuka semula dan negara beralih ke fasa endemik Covid-19, kami percaya bahawa persekitaran kerja masa depan akan mengamalkan model kerja hibrid.

“Pengaturan kerja fleksibel yang kami perkenalkan akan memberi lebih banyak autonomi kepada rakan sekerja kami untuk memilih cara dan tempat mereka bekerja. Model kerja hibrid menawarkan kakitangan manfaat terbaik daripada kedua-dua situasi kerana mereka mempunyai pilihan untuk bekerja di pejabat apabila kerjasama bersemuka dengan rakan sekerja diperlukan atau untuk bekerja dengan selesa di lokasi jarak jauh pilihan mereka.

“Ia juga membolehkan kakitangan untuk terus mengalami keakraban semasa di pejabat yang penting untuk mengekalkan kesihatan mental. Ini adalah sesuatu yang amat dirindui semasa tempoh sekatan pergerakan yang lama,” katanya.

Sebagai tambahan kepada pilihan Kerja Jarak Jauh, Bank akan terus menawarkan Flexi-2 yang memberi semua kakitangan dua jam tambahan sebulan untuk mengurus urusan peribadi pada hari bekerja.

Kakitangan yang layak juga boleh memilih waktu kerja yang fleksibel, di mana mereka boleh memulakan hari kerja antara 7:30 pagi hingga 10:00 pagi berdasarkan gaya kerja pilihan mereka.

Pilihan Kerja Jarak Jauh UOB Malaysia berpandukan penjagaan, kerjasama dan budaya UOB Malaysia telah mempertimbangkan maklum balas daripada kakitangannya mengenai tekanan yang dihadapi apabila terpaksa bertukar rumah mereka menjadi pejabat semasa Covid-19.

Pada waktu kemuncak COVID-19, 85 peratus daripada kakitangan melaporkan bahawa bekerja dari rumah adalah kaedah yang berkesan, namun 15 peratus berkata mereka menghadapi cabaran yang membawa kepada
tekanan.

Tekanan ini termasuk cuba mengimbangi komitmen keluarga dan profesional, kekurangan ruang kerja peribadi di rumah, peningkatan waktu kerja akibat mentaliti bekerja pada ‘setiap masa’ dan kesukaran dalam memupu kerja berpasukan dan kerjasama dalam talian.

“Apabila tenaga kerja mula kembali ke pejabat selepas pandemik, kami ingin memastikan kesejahteraan mental rakan sekerja kami juga dipertimbangkan ketika mereka memilih untuk bekerja dari jauh selama dua hari pada masa depan. Kami juga mempertingkatkan program kesejahteraan mental kami bagi melengkapkan pengaturan kerja fleksibel baharu ini selain membantu kakitangan kami kekal terlibat dan terhubung antara satu sama lain.

“Di UOB Malaysia, kami komited untuk memupuk tempat kerja dan tenaga kerja yang prihatin untuk membantu kakitangan kami kekal berdaya tahan dari segi mental semasa mereka beralih ke cara bekerja masa depan sambil menangani kesan pandemik yang berterusan,” Tak Ming.

Program kesejahteraan mental Bank yang dipertingkatkan baru-baru ini termasuk siri ceramah pendidikan, kursus latihan dalam talian serta pelbagai aktiviti maya yang boleh disertai oleh kakitangan.

Aktiviti ini termasuk daripada membangunkan teknik kesedaran dan membina daya tahan mental kepada mempelajari bagaimana mereka boleh menjaga rakan sekerja yang mungkin tertekan dari segi mental.

Program ini juga terus menawarkan talian penjagaan khusus untuk kakitangan dan ahli keluarga terdekat mereka yang perlu mendapatkan nasihat atau sokongan emosi daripada profesional dalam kesihatan mental.

Mereka yang memerlukan sokongan lanjut juga boleh meminta rawatan melalui flexCARE, program manfaat kesejahteraan UOB Malaysia.

(Visited 343 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button