Nasionalpilihan

Anggota komando lemas di perairan Pulau Undan

Seorang anggota daripada Rejimen Gerak Khas (komando) dikhuatiri lemas di perairan Pulau Undan, Merlimau, Melaka di sini kira-kira pukul 5.30 petang tadi.

Mangsa dikenali sebagai Edrin Baintim, 25, berpangkat lans koperal sedang menjalani kursus juru selam semasa kejadian berlaku.

Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau, Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Syakirin Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubungan kejadian tersebut kira-kira pukul 5.31 petang tadi.

“Setibanya pasukan di tempat kejadian, benar terdapat seorang mangsa lelaki berbangsa Dusun berumur 25 tahun ialah anggota tentera unit komando dipercayai lemas ketika menjalani latihan.

“Mangsa dipercayai lemas bersama peralatan menyelam semasa menjalani kursus juru selam di kawasan perairan Pulau Undan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Syakirin, operasi mencari mangsa sedang giat dijalankan dengan kekuatan 16 anggota dari BBP Merlimau dan BBP Melaka Tengah.

Beliau berkata, setakat pukul 8.00 malam tadi, operasi mencari mangsa masih giat dijalankan. – SM

(Visited 411 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button