Politik

Rakyat perlu hukum pemimpin UMNO kerana khianati mandat yang diberi

Tan Sri Annuar Musa menggariskan lima sebab mengapa rakyat Kelantan tanpa mengira kaum perlu menolak UMNO pada pilihan raya negeri kali ini.

Pengerusi Muafakat Nasional itu berkata, antara lain kerajaan hari ini gagal mengurus negara ini dan tidak mempunyai hala tuju yang jelas bagi mengeluarkan negara ini dari krisis ekonomi hingga menyaksikan kejatuhan mata wang dan bursa saham serta menyebabkan kenaikan kos sara hidup.

Selain itu, kata beliau, kerajaan hari ini yang merupakan kerajaan kakistokrat dan kleptokrat yang mengangkat pemimpin yang mempunyai kes mahkamah menjadi timbalan perdana menteri menyebabkannya hilang kredibiliti.

Annuar ketika berucap pada perhimpunan munajat rakyat Kelantan di Kota Bharu berkata, pemimpin UMNO dari Kelantan jugalah yang menyebabkan kerajaan Perikatan Nasional runtuh.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu, ujar beliau, menyebabkan Kelantan kehilangan pemimpin di dalam kabinet kerajaan dan sekaligus menyebabkan pelbagai peluang pembangunan terbantut.

Bahkan, kata beliau, pemimpin berkenaan juga telah menghalang pembinaan MRSM di Kelantan demi dendam dan permainan politik.

Tambah beliau, pemimpin UMNO telah menyebabkan perpaduan umat Islam terjejas dengan membawa sokongan kepada DAP yang jelas sebuah parti sosialis.

 

(Visited 351 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button