Alam Sekitar

“Baru sahaja dua hari lepas saya bersama..,” – Young Syefura zahir rasa sedih

Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman menzahirkan rasa duka cita apabila mengetahui Datuk Seri Johari Harun terlibat dalam nahas pesawat ringan di Elmina, Shah Alam.

“Pada petang ini, satu berita tergempar membabitkan nahas pesawat ringan di Elmina, Shah Alam. Amat mendukacitakan apabila melibatkan seorang kawan saya, Allahyarham YB Dato’ Sri Johari Harun, EXCO Pahang yang juga ADUN Pelangai.

“Saya amat bersedih dengan kehilangan ini. Baru sahaja 2 hari lepas, saya bersama Allahyarham Dato’ Sri Jo berbincang berkenaan pembangunan di Bentong dan Pelangai yang akan di rencanakan kelak. AlFatihah,” tulisnya.

(Visited 189 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button