Ekonomi

Untung bersih suku kedua 2023 SNS Network Technology naik 42.4 peratus

IPOH 27 Sept.– SNS Network Technology Berhad (SNS atau Kumpulan), merekodkan kenaikan perolehan 19.7 peratus kepada RM296.93 juta bagi suku kedua berakhir 31 Julai 2022 (“suku kedua TK2023”) berbanding RM248.16 juta pada suku pertama bagi tahun kewangan yang sama.

Penyedia penyelesaian dan sistem teknologi maklumat (ICT), ketika mengumumkan keputusan itu berkata, di bawah suku yang dikaji, Kumpulan merekodkan kenaikan 21.8 peratus di dalam keuntungan kasar kepada RM23.43 juta berbanding RM19.24 juta yang direkodkan pada suku pertama tahun kewangan 2023, sementara keuntungan sebelum cukai (PBT) meningkat 43.0 peratus kepada RM11.76 juta berbanding PBT RM8.23 juta sebelumnya.

Manakala keuntungan selepas cukai (PAT) Kumpulan untuk suku kedua tahun kewangan 2023 meningkat 42.4% kepada RM8.81 juta dari PAT suku pertama tahun kewangan 2023 iaitu RM6.19 juta.

Pengarah Urusan SNS, Ko Yun Hung berkata, pencapaian Kumpulan bagi suku di bawah kajian telah disokong oleh permintaaan tinggi untuk produk ICT daripada pelanggan-pelanggan tempatan di bawah saluran komersial yang terdiri daripada ahli-ahli perniagaan, agensi-agensi kerajaan dan institusi pendidikan berikutan pembukaan semula operasi dan akitiviti perniagaan di Malaysia.

“Kami kekal positif terhadap tinjauan Kumpulan memandangkan pertumbuhan berterusan dalam permintaan untuk produk ICT disokong oleh peningkatan aktiviti ekonomi dan pengukuhan asas pelanggan sedia ada kami bersama-sama dengan pengembangan bahagian pasaran. Untuk masa hadapan yang terdekat, kami akan terus memberi tumpuan kepada rancangan seperti yang diumumkan dalam prospektus kami, iaitu pengembangan perniagaan Peranti-sebagai-Perkhidmatan kami, pembinaan hab serantau di Petaling Jaya, dan penubuhan 10 kedai di negara ini.” katanya di sini hari ini.

Dari segi geografi, Malaysia menyumbang 86.2 peratus daripada hasil Kumpulan sebanyak RM958.08 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2022 (TK2022), dengan Hong Kong dan Singapura masing-masing menyumbang 11.7 peratus and 1.4 peratus.

Kumpulan merekodkan perolehan RM721.47 juta bagi tahun kewangan berakhir 2021 dan RM675.28 juta bagi tahun kewangan berakhir 2020.

(Visited 140 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button