Ekonomi

Untung bersih KUB RM158.6 juta

KUB Malaysia Bhd mencatatkan keuntungan bersih RM158.6 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2021.

Untuk tempoh itu KUB meraih pendapatan berjumlah RM584 juta yang disumbangkan terutama daripada penjualan dua perniagaan bukan teras dan aset bukan strategik iaitu estet ladang sawit serta sebuah syarikat sekutu yang terbabit dalam pengurusan sisa buangan.

Walaupun persekitaran operasi mencabar ekoran sekatan pergerakan berpanjangan untuk membendung pandemik COVID-19, sektor utama kumpulan mampu merekodkan keuntungan terpuji.

Kedudukan tunai kumpulan melonjak daripada RM145.6 juta setakat 31 Disember 2019 kepada RM423.1 juta setakat 30 Jun 2021 dan paras nisbah hutangnya berkurangan daripada 31 peratus kepada lapan peratus dalam tempoh sama.

Pengerusi KUB, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, dalam kenyataan berkata, keputusan pada tahun kewangan mencerminkan usaha transformasi kumpulan untuk mengurangkan sebarang kerugian masa depan dengan melupuskan perniagaan bukan teras dan bukan strategik, selain memberikan tumpuan dan menggunakan sumber untuk segmen perniagaan teras.

Katanya, di sebalik persekitaran operasi dan ekonomi mencabar, saya percaya kami kini dalam kedudukan lebih mantap dan stabil untuk melaksanakan pelan strategik ke hadapan bagi menjadi syarikat yang mencatatkan keuntungan mampan.

(Visited 79 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button