Nasional

Bertindak pantas tangani pandemik Covid-19, Raja Muda Perlis

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan supaya semua organisasi baik kerajaan mahupun swasta di negeri ini terus bergerak pantas dalam usaha-usaha menambahbaik segala sistem perkhidmatan dan kawal selia operasi masing-masing dari masa ke semasa bagi menghadapi situasi Covid-19 yang telah berlarutan untuk tempoh yang lama sehingga ke hari ini.

Kepada seseorang pekerja pula, walau bertugas secara fizikal di pejabat atau dari rumah sekalipun, sentiasalah memandang pekerjaan masing-masing sebagai amanah yang wajib ditunaikan dengan penuh berdedikasi dan secara yang terbaik dan membuktikan bahawa rakyat Perlis hidup rajin dan berkomited dalam apa bidangpun yang diceburi.

‘Bekerjalah dengan seikhlas mungkin. Nikmati apa jua pekerjaan yang dilakukan, tanamkan semangat pada pekerjaan itu dan bergembiralah dalam melaksanakannya’.

‘Pada masa yang sama, jika majikan memperkenalkan sebarang polisi atau inisiatif baharu, sewajarnya ia dipelajari dan difahami serta diimplimentasikan oleh seluruh warganya dengan sepantas yang boleh’.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis selepas berkenan berangkat mengetuai program ‘MAIPs Peduli Kali ke 5 bagi tahun 2021’ yang bermula dan berakhir di pekarangan Masjid As-Syakirin Oran, Mata Ayer, Perlis.

Tuanku Raja Muda turut menambah bahawa bagi yang ‘bekerja dari rumah (WFH)’ terdapat pelbagai medium digital seperti whatsapp, google meet, zoom dan telegram yang boleh dimanfaatkan untuk berinteraksi. Mereka hendaklah memastikan tugasan harian terus dapat dilaksanakan dengan efisyen.

Bersempena program pada kali ini, tiga buah lagi keluarga asnaf terpilih daripada kalangan anak kariah masjid berkenaan menerima bantuan agihan zakat MAIPs daripada baginda beserta juga sumbangan ikhlas daripada beberapa ahli Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) Cawangan Perlis-Kedah yang turut serta diketuai oleh pengusaha Fairy Le Phenomenal, Tan Ah Kiang.

(Visited 411 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button