Kesihatan

Terima terlalu banyak panggilan, Pemandu tular bawa kereta secara berbahaya akhirnya serah diri

SEORANG lelaki yang tular di laman sosial kerana memandu secara berbahaya akhirnya menyerah diri selepas tertekan kerana menerima banyak panggilan.

Difahamkan, suspek telah menerima banyak mesej dan panggilan daripada rakannya selepas beberapa videonya memandu kereta jenis Honda CRV tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, suspek kemudian ditahan kerana memandu secara berbahaya dalam video yang dirakam pada 21 April lalu.

“Pada 21 April lalu telah tular satu klip video berdurasi 0.17 saat mengenai sebuah kereta jenis Honda CRV dipandu secara berbahaya dengan memotong dari arah kiri secara tiba-tiba di jalan Persiaran Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

“Klip video tersebut juga memaparkan pemandu kenderaan tersebut telah memberhentikan kenderaannya secara tiba-tiba.

“Tindakan suspek itu menyebabkan pemandu yang merakam video tersebut terpaksa membrek secara mengejut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Shamsul Amar, suspek yang berusia 58 tahun dan bekerja sebagai tukang masak itu juga telah menerima rakaman video tersebut ketika dia bekerja.

Jelasnya, suspek kemudian hadir untuk membuat laporan polis sebelum ditahan untuk disiasat.

Tambahnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -SM

(Visited 335 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button