Bola SepakSukan

United mampu jadi pencabar terbesar Liverpool – Keane

ROY KEANE menegaskan bahawa Manchester United mampu mencabar Liverpool bagi merebut gelaran Liga Perdana Inggeris. Legenda Manchester United itu menyifatkan skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer adalah yang terbaik berbanding pasukan lain.

United kini menghuni kedudukan ketiga dalam carta Liga Perdana di belakang Leicester dan Liverpool.
Red Devils telah mempamerkan persembahan mantap sewaktu mencipta kemenangan selesa 6-2 ke atas Leeds United, Ahad lalu.

Keane, 49, meramalkan United berpotensi untuk menjadi pencabar terdekat Liverpool, musim ini.

“Saya tidak percaya Mc Tominay apabila dia menyatakan mereka tidak melihat carta liga. Semua orang melihat kedudukan carta liga. Para pemain dan staf. Ia merupakan sebab mengapa anda bermain.

“Anda sudah tentu mahu mengetahui di mana kedudukan anda dan ke arah mana tujuan anda. Sejak beberapa hari lalu, United mengharungi hari yang baik. Mereka menewaskan Sheffield United dan Leeds, kemenangan itu menunjukkan kemampuan sebenar mereka.

“Saya masih berpendapat Liverpool merupakan pasukan paling kuat, tetapi United saya rasa mereka lebih bagus berbanding pasukan yang lain,” katanya kepada Sky Sports.

Bagaimanapun, rakan setugas Keane selaku pundit, Jimmy Floyd Hasselbaink tidak bersetuju dengan bekas bintang Old Trafford itu.

“Terbaik berbanding pasukan lain…tidak saya masih belum dapat melihatnya. Hari ini, mereka memang mengagumkan, tetapi jangan salah anggap pula. Apa yang mengagumkan ialah mereka menghukum kesilapan yang dilakukan Leeds dan itu yang mereka lakukan.

“Namun, apabila ada pasukan yang kurang melakukan kesilapan, seperti menentang Manchester City, mereka hanya mencatat keputusan seri 0-0, mereka gagal mencipta gol.

“Ketika bertemu Chelsea pula, mereka hanya memiliki satu peluang. Tetapi mereka gagal memanfaatkan peluang itu. Keputusan 0-0. Begitulah seterusnya,” kata bekas penyerang Chelsea itu. – The Sun – SM

(Visited 148 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button