Bola SepakSukan

United bukan lagi tiga kelab paling kaya di dunia

MANCHESTER UNITED terkeluar daripada kedudukan tiga teratas kelab terkaya di dunia, manakala Liverpool mendaki tiga anak tangga untuk menghuni tempat kelima, menurut laporan Forbes.
Juara Eropah, Bayern Munich telah memintas skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer, Red Devils yang jatuh ke tangga keempat meskipun dinilai sebanyak 3.06 billion pound (RM17.05 billion).
Barcelona masih kekal sebagai kelab bola sepak paling bernilai dengan anggaran kekayaan sebanyak 3.46 billion pound (RM19.63 billion), walaupun jurang kekayaan antara musuh ketat, Real Madrid tidak begitu ketara.
Juara Liga Perdana Inggeris, Liverpool berada dalam ranking kelima dan kekayaan kelab itu dinilai sebanyak 2.98 billion pound (RM16.90 billion) dengan Manchester City, Chelsea dan Arsenal masing-masing menghuni kedudukan keenam, ketujuh dan kelapan.
Baru-baru ini, Reds memeterai perjanjian bersama firma ekuiti swasta, RedBird Capital yang menyaksikan pemilik Liverpool, Fenway Sports Group menjual pegangan kepentingan perniagaan mereka sebanyak 10 peratus daripada 538 juta pound (RM3.05 billion).
Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mungkin mendapat bajet yang lebih besar berbanding Jurgen Klopp di Liverpool, tetapi Citizens dinilai 2.91 billion pound (RM16.50 billion).
Sementara itu, kekayaan yang dimiliki Chelsea dinilai sebanyak 2.33 billion pound (RM13.21 billion) dan Arsenal sebanyak 2.04 billion pound (RM11.36 billion).
Finalis Liga Juara-Juara musim lalu, kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain berada di tangga kesembilan, manakala Tottenham menghuni tempat ke-10 dan kekayaan mereka bernilai 1.67 billion pound (RM9.47 billion). – Mirror – SM

Berikut ialah senarai kelab-kelab terkaya di dunia menurut Forbes:

1. Barcelona – 3.46 billion pound (RM19.63 billion)

2. Real Madrid – 3.46 billion pound

3. Bayern Munich – 3.07 billion pound (RM17.41 billion)

4. Manchester United – 3.06 billion pound (RM17.36 billion)

5. Liverpool – 2.98 billion pound (RM16.90 billion)

6. Manchester City – 2.91 billion pound (RM16.50 billion)

7. Chelsea – 2.33 billion pound (RM13.21 billion)

8. Arsenal – 2.04 billion pound (RM11.36 billion)

9. Paris Saint-Germain – 1.82 billion pound (RM10.32 billion)

10. Tottenham Hotspur – 1.67 billion pound (RM9.47 billion) – SM

(Visited 843 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button