Rencah Hidup

Selamat jalan Siva daripada kami bekas warga kerja Utusan

DIA bukan level Ketua Pengarang, bukan Pengarang Berita ataupun Penolong Pengarang Berita yang istilahnya, ANE. Dia insan biasa dan amat terkenal dalam kalangan semua orang. Popularitinya mengalahkan selebriti. Dia adalah Siva.

Usikan dalam kalangan wartawan buat Siva, dia ialah Ane, dalam bahasa Tamil bermaksud abang. Kini Ane Siva sudah tiada…

Hari ini, bekas keluarga besar Utusan Melayu menerima berita yang amat menyedihkan. Siva yang kami kenali meninggal dunia kerana serangan jantung.

Ramai bekas kakitangan Utusan membuat catatan atau hantaran peribadi di Facebook masing-masing kenangan bersama Siva dan antaranya ialah catatan bekas jurufoto Utusan, Noor Azlina Jaafar.

Noor Azlina dan suaminya, Muhammad Basir Abu Bakar bekas wartawan yang berkhidmat di bawah Kumpulan Utusan Melayu tidak terkecuali mengenali Siva yang telah pergi buat selama-lamanya. Siva meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak lelaki.

SUARA MERDEKA kongsi catatan Noor Azlina.

Dikenali sebagai “Siva” staff berbangsa India paling senior di Utusan Melayu ketika kami sama-sama bertugas dahulu.. ramah..suka mengusik..suka menolong.. mana-mana budak baru masuk kerja pasti kena soal macam-macam dengan Siva ni dulu…. 37 tahun berkhidmat di Utusan Melayu.

Beberapa bulan lepas ketika kami melalui kawasan Ampang..area rumah Siva..suami saya Muhammad Basir Abu Bakar ada sebut..Siva buat apa sekarang ye..lama tak dengar khabar dia.. sihat ke dia..

Dulu setiap kali nak balik kerja Siva akan minta tumpang nak naik kereta balik ke Ampang.. atau paling tidak drop kan je kat LRT Chan Sow Lin. Kadang-kadang bila kita tak perasan kelibat dia berlari-lari kejar kereta nak tumpang balik.

Selalunya kalau nak balik tu Basir akan perhati dia dulu kesian dia nak tumpang.. selalunya hantar sampai ke Ampang la..kami masa tu duduk di Ampang Campuran..satu laluan.

Dua tiga hari lepas pun Basir sebut lagi..Abah teringatkan Siva la ibu.. saya hanya diam tak tau nak jawab apa. Nombor telefon nak tanya khabar pun entah ke mana.. hari ni terima perkhabaran dia meninggal dunia..

Lepas hantar dan ambil anak-anak dari sekolah tadi..kami terus ke Krematorium Cheras untuk penghormatan terakhir kami buat Siva ..banyak kenangan dengan dia..

Sebak bila nampak van mayat putih dengan terpampang gambar mugshoot Siva yang kami di unit foto Utusan, ambik semasa staff Utusan terima tawaran VSS.

Keranda dibawa turun…pelik orang di situ melihat kami suami isteri, tiba-tiba ada orang Melayu yang hadir..sesekali meleleh air mata kami sebak.

Didekati adik perempuan Siva tadi, katanya Siva macam kena serangan jantung pada Sabtu lepas . Dibawa ke Hospital Ampang.. kemudian kesihatannya semakin merosot. Semua organ sudah tak berfungsi.. tidak sedarkan diri..

Mayat mendiang dibakar di Krematorium Cheras petang ini oleh anak bongsunya.. setelah selesai upacara penghormatan terakhir tadi.

Tamatlah perjalanan insan istimewa di Utusan.. Siva atau nama sebenarnya Subasandrabose.. Salam Takziah buat keluarga mendiang. – SM

 

(Visited 1,073 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button