BeritaPendidikan

UniMAP4Society jadikan universiti duta akademik

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan terus komited mendekati komuniti dengan Program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) dan pemindahan ilmu berimpak tinggi bagi mengatasi pelbagai isu sosial dan kesejahteraan masyarakat dengan memperkasakan UniMAP4Society. Inisiatif ini sekaligus memberi peluang universiti itu untuk memperluaskan lagi peranan dan menjadi duta akademik di luar persekitaran universiti.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra ketika berkenan berangkat menghadiri ‘Majlis Santapan Malam Tuanku Canselor Bersama Ketua-Ketua Jabatan UniMAP 2022’ yang diadakan di Bangunan Canselori Kampus Alam Pauh Putra pada malam semalam.

Keberangkatan tiba baginda bersama-sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil merangkap Tuanku Pro Canselor disambut oleh Naib Canselor, Prof. Ts. Dr Zaliman Sauli dan Timbalan-timbalan Naib Canselor serta pengurusan tertinggi universiti.

Di majlis tahunan yang sama itu Tuanku Raja Muda turut menyarankan supaya
pihak UniMAP akan terus memantapkan lagi kolaborasi dengan lebih banyak rakan industri yang dapat memanfaatkan penyelidikan dan inovasi iaitu dengan meyakinkan mereka tentang manfaat yang bakal diperolehi daripada kerjasama bersama universiti berkenaan. Antaranya ialah ilmu penyelidikan yang diterjemah kepada produk atau perkhidmatan baharu yang mampu meningkatkan ekonomi.

(Visited 204 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button