Politik

“Presiden.. jangan letak jawatan, terus istiqomah dengan DAP,” – Akar umbi UMNO

Akar umbi UMNO merayu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk kekal sebagai presiden dan mengendahkan desakan pihak yang tidak menyenangi parti keramat itu.

Rata-rata akar umbi UMNO menyifatkan desakan tersebut hanyalah untuk meruntuhkan UMNO sedangkan UMNO memiliki seorang presiden yang kuat dan tabah.

Dalam masa sama, UMNO telah menunjukkan imejnya sebagai parti Melayu yang beragama Islam, sudi untuk bekerja dengan sesiapa sahaja tanpa timbulnya soal rasis.

Ujar Nurzainiyah Mustaqim, 59, UMNO kini mengalami proses evolusi dan memang ramai orang-orang tua di dalam UMNO tidak memahami perkara ini.

“Datuk Seri (Zahid Hamidi) pasti lebih memahami tentang strategi ini kerana beliau kerap kali bercakap soal mahu meremajakan parti dan kini masanya telah tiba.

“Dari PRN sendiri pun kita sudah nampak, semua ahli lama dalam UMNO yang sudah tua, tidak keluar mengundi namun anak-anak muda, mula jatuh cinta terhadap UMNO,” katanya.

(Visited 315 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button