Nasional

Beberapa negeri di barat Semenanjung rasai gegaran gempa Indonesia

GEMPA bumi kuat yang melanda Utara Sumatera Indonesia pukul 9.39 pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan di Pantai Barat Semenanjung iaitu Selangor, Perak, negeri Sembilan, Melaka dan Johor turut merasai gegaran.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata, pusat gegaran 6.1 skala Richter itu terletak 0.2 darjah utara dan 100 darjah timur pada kedalaman 10 kilometer (km) di 76 km Barat Laut Payakumbuh, Indonesia.

Bagaimanapun, jabatan itu berkata, tiada ancaman tsunami susulan gempa bumi tersebut.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Gegaran dirasai di bahagian barat Semenanjung terutama di Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Gegaran itu telah mencetuskan situasi panik apabila orang ramai yang berada di dalam bangunan di sekitar Lembah Klang berlari keluar dari bangunan.

Sementara itu, kakitangan di beberapa bangunan kerajaan di Putrajaya turut diarahkan  keluar susulan gegeran kuat yang dirasai itu. -SM

 

(Visited 259 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button