NasionalNegeriPendidikan

UniMAP pilih Sekolah Koh Panjee, Thailand laksana Program Saintis Muda

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bakal melaksanakan Program Saintis Muda secara bersiri dengan sebuah sekolah perkampungan air di Koh Panjee di Phang Nga, Thailand mulai Ogos depan.

Canselornya, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah berkenan melakukan simbolik pelancaran program ini di Hotel Le Erawan, Phang Nga, Thailand.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang diiringi Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan melancarkan Simbolik Program Saintis Muda di Hotel Le Erawan, Phang Nga, Thailand.

Pelancaran ini juga diadakan sempena Program Ziarah Mahabbah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang diketuai oleh Baginda Bersama Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak Sivil MAIPs ke Wilayah Phang Nga dan Phuket, Thailand dari 26 hingga 28 April.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Zaliman Sauli, Naib Timbalan Gabenor Phang Nga, Kollawat Sapsongsuk dan Pengarah Majlis Pentadbiran Wilayah Phang Nga, Tarathip Thongjerm.

Zaliman berkata, program ini akan melibatkan pensyarah dan pelajar dari Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Mekatronik dan Fakulti Kejuruteraan Elektronik.

“Dengan program seperti ini diharap akan meningkatkan pengetahuan dan minat mereka dalam bidang sains, matematik serta teknologi,”katanya.

Dalam pada itu, katanya, UniMAP bakal membawa 15 pensyarah dan penuntut mereka ke sekolah Koh Panjee bagi menjayakan inisiatif berkenaan.

Katanya, rombongan tersebut akan membawa fasiliti dan produk Unimap seperti robotik dan dron bagi memberi pendedahan kepda pelajar di sana.

“Menerusi pelaksanaan ini, kita harapkan pelajar-pelajar ini dapat meneruskan pendidikan ke peringkat lebih tinggi khususnya dalam bidang sains, teknologi dan matematik,” katanya.

Zaliman berkata, pemilihan sekolah Koh Panjee bagi pelaksanaan program itu kerana pulau kecil tersebut hanya mempunyai sebuah sekolah yang dihuni kira-kira 2,000 penduduk.

Beliau berkata, pihaknya berharap program yang akan dilaksanakan nanti akan menarik minat pelajar-pelajar di sana untuk melanjutkan pengajian di UniMAP. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button