Alam SekitarHaiwanRencah Hidup

Gajah liar sesat di R&R Titiwangsa Gerik: Perhilitan Perak berjaya halau ke habitat

HABITAT terganggu oleh manusia khususnya pembangunan dan penebangan pokok hutan mungkin menjadi punca gajah liar berkeliaran sekitar Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa, Gerik, Perak.

Sejak beberapa hari lalu, dilaporkan seekor gajah liar telah kelihatan berkeliaran di R&R berkenaan dan hari ini, gajah yang ‘sesat’ itu telah berjaya dihalau balik ke habitat asalnya yang terletak di kawasan berhampiran.

Ketua Polis Daerah Gerik, Supt. Zulkifli Mahmood berkata, tindakan menghalau semula gajah liar itu dilaksanakan oleh pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri.

Katanya, gajah liar sering memasuki kawasan tersebut, berkemungkinan mencari makanan namun ia tidak mengganggu sesiapa.

Justeru beliau meminta pengguna jalan raya supaya tidak membunyikan hon kenderaan masing-masing atau pun memasang lampu bagi mengelakkan gajah di kawasan berhampiran R&R Titiwangsa Gerik itu daripada mengamuk.

“Gajah ini sebenarnya amat sensitif terutamanya dengan elemen seperti membunyikan hon dan perbuatan kita membunyikan hon boleh mengundang bahaya kepada orang ramai,” kata Zulkifli lagi.

Semalam, orang awam yang berada di kawasan R&R berkenaan dilaporkan menyedari kehadiran seekor gajah liar yang cuba memasuki kedai bagi mendapatkan makanan.

Selain itu, gajah berkenaan dikatakan telah menjatuhkan dan terbalikkan tong-tong sampah di kawasan tersebut.

Kejadian itu berlaku pada pukul 10 malam, bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan membabitkan orang awam dilaporkan, begitu juga tiada kerosakan ke atas kenderaan. – BERNAMA – SM

(Visited 648 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button