BeritaPendidikan

UniMAP perkasa penggunaan Blockchain

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memperkasakan penggunaan Blockchain dalam kad staf dan kad matrik pelajar.

Ia terhasil melalui jalinan kerjasama UniMAP dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) melalui satu perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani pada 08 Ogos 2020 yang lalu.

Perjanjian Persefahaman tersebut ditandatangani selama dua (2) tahun di mana BIMB telah dilantik sebagai penyedia perkhidmatan kewangan kepada UniMAP selain turut terlibat secara langsung dalam mempromosi dan memperkasakan inisiatif Kampus Tanpa Tunai (Cashless Campus) yang dijangka akan dilaksanakan sepenuhnya bermula Sidang Akademik baharu kelak.

Untuk memperkasakan penggunaan ‘cashless campus’, beberapa inisiatif khusus sedang dilaksanakan oleh BIMB, antaranya ialah menaja RM100,000 sebagai kempen cashless @ UniMAP, cabutan bonanza kepada staf yang menggunakan perkhidmatan kewangan serta sumbangan zakat serta penajaan aktiviti yang dianggarkan berjumlah RM40,000.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Canselor UniMAP selepas berkenan menerima simbolik Kad Bank Islam sebagai kad baharu warga UniMAP terdiri daripada staf dan pelajar yang mempunyai ciri-ciri istimewa melalui perkongsian kepakaran universiti berkenaan dalam mengaplikasi penggunaan blockchain yang boleh menyemak dan mengesahkan status keaktifan staf atau pelajar melalui kaedah scan QR Code di perkarangan Bangunan Canselori UniMAP Pauh Putra baru-baru ini.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Pro Canselor UniMAP.

Kad-kad tersebut dipersembahkan kepada baginda berdua oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UniMAP yang juga menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Rizal Arshad.

Menurut Mohd Rizal, sebanyak 2,102 kad staf telah dicetak dan diedarkan manakala sebanyak 10,722 kad matrik pelajar telah dicetak dan mula diedarkan secara berperingkat.

‘Kita mengharapkan akan lebih banyak penggunaan aplikasi blockchain digunakan dalam urusan pentadbiran Universiti baik Akademik, Penyelidikan mahupun Hal Ehwal Pelajar seiring dengan peredaran dan perkembangan teknologi semasa‘, terang beliau.

(Visited 576 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button