Nasional

Mohd. Shafie Apdal akan buat keputusan dalam masa terdekat

Cadangan calon Perdana Menteri oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad

PRESIDEN Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, beliau akan membuat keputusan dalam tempoh terdekat ini berhubung cadangan pencalonannya sebagai Perdana Menteri seperti yang dinyatakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini.

BERNAMA melaporkan Mohd. Shafie yang juga Ketua Menteri Sabah sebagai berkata, beliau akan mengumumkan keputusan itu selepas mengambil kira pelbagai aspek termasuk membuat perbincangan bersama pemimpin tertinggi Warisan.

penyangak
Dr. Mahathir

Mohd. Shafie melahirkan rasa amat bersyukur kerana cadangan itu datang daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Itu satu cadangan dan saya perlu menelitinya secara mendalam termasuk mengadakan perbincangan bersama Timbalan Presiden Warisan (Datuk Darell Leiking) dan Ketua Penerangan Warisan (Datuk Dr. Yusof Yacob).

“Ini satu cabaran besar untuk saya. Saya melihat ini secara serius. Beri saya sedikit masa (untuk membuat keputusan) dan (ia) tidak mengambil masa lama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Peter Mojuntin di Sabah, hari ini.

Parti Warisan Sabah - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Mohd. Shafie berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan bekas perdana menteri interim, Tun. Dr. Mahathir yang mencalonkan Presiden Warisan itu sebagai perdana menteri Malaysia.

Cadangan Tun Dr. Mahathir itu bukan sahaja mengejutkan tetapi mendapat pelbagai reaksi daripada rakyat.

Perlu dipertimbangkan atas dasar apakah cadangan itu dibuat kerana jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia bukan sekadar percaturan politik. -SM

(Visited 120 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button