Nasionalpilihan

Polis buru ‘anggota tentera’ pegang dan jilat tangan gadis

POLIS sedang memburu seorang suspek lelaki yang memakai uniform tentera kerana mencabul seorang gadis di sebuah kedai vape di Taman Keramat, petang semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 1 petang ketika suspek yang memakai uniform tentera datang ke kedai vape tersebut sebagai pelanggan.

Suspek kemudian telah keluar daripada kedai selepas selesai membeli vape namun berpatah balik dan memberitahu mangsa yang berusia 18 tahun yang pod dibelinya tidak berfungsi.

Mangsa telah memeriksa pod tersebut dan telah gantikan dengan yang baru.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, ketika mangsa menyerahkan vape baharu itu, suspek mula mengambil kesempatan.

“Suspek telah bertindak dengan memegang tangan mangsa dan menjilat tangan mangsa.

“Mangsa memberitahu terhadap kamera litar tertutup di kedai dan suspek terus melepaskan tangan mangsa dan suspek terus beredar dari tempat kejadian,” katanya.

Menurut Mohamad Farouk, siasatan diteruskan dan usaha untuk mendapatkan butiran peribadi dan mengesan suspek sedang dijalankan.

Jelasnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, orang awam yang mempunyai apa apa maklumat berkenaan kejadian boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Insp Siti Zaleha Abdullah ditalian 03 42897222 atau balai polis yang berhampiran. -SM

(Visited 590 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button