Nasional

Malaysia serah 8 anggota Abu Sayaff kepada Filipina

MALAYSIA hari ini menyerahkan lapan orang warga Filipina yang disyaki terlibat dengan Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) kepada pihak berkuasa Filipina pagi tadi.

Penyerahan berlangsung di perairan antarabangsa sempadan Sandakan dan Taganak, Filipina.

Individu terbabit Sanibar Bencio, Hamzah Faizal Ladin Faizal, Munimar Binda, Firdaus Omar, Sansis Mohamad, Halim Akhir dan Yusof Akram.

Delegasi Malaysia diketuai Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali bersama Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Ahmad Fuad Othman, dan pegawai-pegawai dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ESSCOM.

Manakala delegasi Filipina diketuai oleh Komander JTF Tawi Tawi Brig. Gen. Arturo G Rogas dan 4th Merine Brigade Sulu Kol. Hernanie Sungano.

Penyerahan secara rasmi telah dilakukan di bawah Sek. 3(2)1 Akta Immigresen 1959/63.

Kkedua-dua pihak berjanji akan meneruskan kerjasama baik dalam menangani ancaman militan terutama yang melibatkan kepentingan kedua-dua negara.-SM

(Visited 201 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button