NasionalNegeriPendidikan

UniMAP anjur bengkel inovasi cendawan bersama syarikat untuk komuniti

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berkerjasama dengan Bright Avenue Resource bagi penganjuran Bengkel Inovasi Penanaman Cendawan yang terbuka kepada komuniti.

Ini selaras dengan hasrat UniMAP mendekatkan universiti dengan komuniti sama ada masyarakat setempat ataupun industri selari dengan tema ‘UniMAP for Society’.

Para peserta melihat tunjuk ajar penceramah inovasi dalam penanaman cendawan.

Dekan Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Kimia (FKTK) UniMAP Prof. Dr. Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah berkata, bengkel ini merupakan salah satu inisiatif Pusat Kecemerlangan Biojisim (CoEBU) dan juga FKTK.

“Penceramah jemputan iaitu Pengurus Bright Avenue Resources, Ayob Hashim serta dua lagi penyelidik pakar dalam bidang cendawan tiram iaitu Prof. Madya Dr. Zarina Zakaria dan Ts. Roshita Ibrahim daripada FKTK, UniMAP terlibat dalam bengkel ini,” katanya.

Tambah Mohd Mustafa kerjasama antara kedua-dua pihak juga memperkenalkan inovasi penanaman cendawan menggunakan produk diberi nama ‘Supergrow’ bagi menggantikan penggunaan dedak dan kapur dalam penyediaan bongkah cendawan.

“Selain itu, penggunaan ‘Supergrow’ di dalam penyediaan bongkah cendawan juga berjaya melangkau proses pengukusan bongkah yang biasanya melibatkan masa yang lama serta memerlukan tenaga kerja yang banyak.

Katanya, kaedah inovasi ini telah terbukti lebih mudah, cepat, jimat dan berjaya mengurangkan jangkitan penyakit cendawan.

Salah seorang peserta menerima sijil penghargaan daripada Ahmad Anas Nagoor Gunny.

Beliau berkata, Dr. Zarina telah memperkenalkan kaedah penanaman cendawan di dalam bangunan dengan penggunaan Internet Kebendaan atau IoT (Internet of Things) dalam mengawal persekitaran ruang penanaman.

“Ts. Roshita pula telah berkongsi kaedah yang digunakan olehnya dalam merangsang pertumbuhan maiselium serta pengeluaran hasil cendawan melalui kaedah rangsangan fizikal seperti bunyi-bunyian, cahaya, renjatan elektrik dan kejutan suhu sejuk.

“Bengkel seperti ini akan diteruskan lagi di masa hadapan agar dapat menjadi sebuah platform perkongsian ilmu antara universiti dan industri kepada komuniti setempat sekaligus menjana ekonomi mereka,” kata beliau.

Penganjuran bengkel satu hari berkenaan dirasmikan oleh Ketua CoEBU, Prof Madya Dr Ahmad Anas Nagoor Gunny.

Turut hadir Ketua Jabatan Kimia FKTK, Prof Madya Dr Ku Syahidah Ku Ismail. – SM

BACA UniMAP terus lebarkan program KTP TVET UNiTY@PERLIS untuk masyarakat

BACA MAIPs sumbang RM20,000 kukuh dana A-Heart UniMAP

(Visited 433 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button