Nasional

Bilik mesyuarat Kabinet macam dalam filem sains fiksyen

MACAM dalam filem sains fiksyen. Begitulah keadaan dalam bilik mesyuarat Kabinet yang berlangsung di bangunan Putra Perdana hari ini.

Kesemua jemaah menteri dipisahkan oleh dinding-dinding kaca lut sinar sebagai langkah pencegahan bagi menghalang penularan wabak Covid-19.

 

Gambar tersebut dikongsi di Facebook rasmi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin sebentar tadi.

Mesyuarat Kabinet itu adalah pertama kali semua ahli jemaah menteri dapat berkumpul dan bermesyuarat secara bersemuka di dalam bilik mesyuarat yang sama sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan.

“Mesyuarat Jemaah Menteri pagi ini berlangsung dalam suasana ‘norma baharu’ apabila kedudukan di antara anggota Kabinet dipisahkan dengan penghadang lutsinar.

“Langkah ini bertujuan mengekalkan penjarakan fizikal bagi mewujudkan jarak pemisah antara ahli mesyuarat dalam usaha mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

“Mesyuarat hari ini juga kali pertama semua ahli Jemaah Menteri dapat berkumpul dan bermesyuarat secara bersemuka di dalam bilik mesyuarat yang sama,” kata Muhyiddin.

Sebelum ini bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dan mengekalkan jarak fizikal, mesyuarat Jemaah Menteri dilangsungkan di tiga lokasi berbeza di bangunan Perdana Putra.-SM

 

(Visited 668 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button