Politik

Undi Perikatan Nasional Bermaksud Memilih Masa Depan Yang Baik

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan menjadi penentu dan pembuka kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) serta hala tuju negara pada masa hadapan, kata Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“PRN ini penentu dan pembuka kepada PRU akan datang. Pintu yang akan dibuka di Johor ini akan memberikan satu wajah baru kepada hala tuju baharu tentang apa yang negara akan dilihat pada tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang.

“Yang yang akan membentuk laluan ini ke hadapan itu tidak lain tidak bukan adalah Perikatan Nasional,” katanya pada Majlis Pengumuman Calon dan Penyerahan Watikah PRN Johor 2022 di sini, hari ini.

Sebab itu, kata beliau, tugas dan tanggungjawab yang akan digalas Perikatan Nasional adalah amat berat termasuk bertekad dan berazam bahawa kerajaan yang terbentuk nanti akan dapat merancang satu pembangunan lestari yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan rakyat Johor.

Ini meliputi sosial, ekonomi, Pendidikan serta yang berkaitan dengan soal pekerjaan, alam sekitar dan pelbagai lagi.

“Semuanya akan kita senaraikan dalam manifesto yang akan kita keluarkan pada awal bulan hadapan.
“Ini adalah suatu jaminan bahawa kita mahu melihat Johor bukan setakat dibangunkan seperti dapat dilihat tetapi ditingkatkan usahanya lebih berganda supaya Johor menjadi teras kepada pembangunan negara.

“Di sinilah kita akan mengambil langkah menjadikan Johor contoh yang terbaik, yang nantinya akan dijadikan contoh teladan di peringkat negeri-negeri lain,” katanya.

Muhyiddin turut menegaskan, Perikatan Nasional adalah gabungan politik yang menawarkan sesuatu yang amat baik untuk rakyat Johor menerusi pembentukan kerajaan adil dan saksama selain kuat dan kukuh.

“Ia juga yang mementingkan soal ‘good governance’ atau tadbir urus yang baik dengan mengamalkan sisitem kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam pengurusan pentadbiran.

“Kerajaan ini komited memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Ini adalah suatu pernyataan prinsip yang utama bahawa dalam usaha kita untuk menegakkan sebuah kerajaan, kita akan akan membentuk kerajaan yang prihatin mengenai rakyat dan nasib rakyat Johor.

“Ia juga tentunya sebuah kerajaan yang boleh dipercayai supaya amanah yang diberikan rakyat Johor khususnya pemilih di Johor, tidak akan kita gagalkan dan salah gunakan,” katanya.

Kredit: infojohor.com.my

(Visited 516 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button