Politik

TERKINI: Undi awal 73 peratus keluar mengundi

TERKINI Statistik keluar mengundi awal bagi PRN Johor Ke-15 setakat pukul 2:00 petang adalah seperti berikut:

Peratus keseluruhan: 73%

Terdahulu, statistik  keluar mengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini pada pukul 9 pagi tadi ialah 12 peratus.

Sejam kemudian, jumlah yang keluar mengundi mencatat 26 peratus dan terus meningkat kepada 39 peratus sebelum tengah hari ini.

Demikian menurut kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Satistik keluar mengundi awal secara keseluruhan sebelum pukul 2 petang ialah 51 peratus.

Sementara itu 63 pusat pengundian dibuka untuk pengundian awal bermula pada pukul 8 pagi tadi dengan 239 calon bertanding merebut 56 kerusi pada pilihan raya itu.

PRN Johor Ke-15 ini terdiri daripada calon-calon yang mewakili Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH). – SM

 

(Visited 250 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button