Nasional

Kerajaan tidak buat total lockdown – PM

WALAUPUN kes Covid-19 mencatat tiga digit, kerajaan tidak terfikir untuk mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan secara total atau total lockdown di seluruh negara.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata demikian dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung sekarang.

Beliau berkata, sekiranya dibuat total lockdown di seluruh negara, ia boleh membawa kesan yang besar.

“Saya tak fikir lagi nak buat PKP total lockdown di seluruh negara kerana ia boleh membawa kesan yang besar.

“Total lockdown boleh meruntuhkan sistem sosial dan ekonomi negara,” kata Muhyiddin yang berada dirumahnya pada ketika ini.

Menurut beliau, Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara bersasar di kawasan yang dikenal pasti mempunyak kes Covid-19 yang tinggi.

Katanya lagi, aktiviti ekonomi dan sosial kawasan lain yang tidak terjejas, boleh diteruskan dengan amalan prosedur standard operasi (SOP) yang lebih ketat dan undang-undang yang tegas.

Sebagai ketua kerajaan, Muhyiddin berkata, beliau pantau keadaan Covid-19 secara dekat.  – SM

(Visited 258 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button