NasionalUncategorized

Wanita warga emas hilang RM1.3 juta ditipu sindiket Macau Scam

SEORANG wanita berusia 60 tahun hilang RM1.3 juta selepas menjadi mangsa penupuan sindiket Macau Scam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa menerima panggilan pada 1 April lalu.

“Mangsa memberitahu telah menerima panggilan operator dari pihak bank yang memaklumkan kad kredit miliknya telah digunakan untuk membuat pembelian bitcoin.

“Mangsa telah menafikan perkara tersebut sebelum panggilan itu kemudiannya disambung pula ke Bank Negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut  Mohamad Fakhrudin, mangsa kemudian telah memberikan maklumat peribadinya kepada Bank Negara kononnya untuk menafikan kad kredit tersebut didaftarkan atas nama mangsa.

Jelasnya, pada 2 April lalu, mangsa telah menerima salinan laporan polis dan panggilan telefon yang disambung kepada pihak polis.

“Mangsa kemudian diminta untuk memberikan maklumat akaun bank miliknya bagi tujuan memperbaharui akaun daripada disalah gunakan oleh individu lain.

“Selepas itu mangsa telah menerima pesanan ringkas daripada pihak bank berkenaan dan memberikan kod tersebut kepada individu yang menghubunginya itu,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa menyedari dia ditipu selepas membuat semakan dengan Bank Negara pada 10 Mei lalu dan dimaklumkan bahawa panggilan yang diterimanya adalah palsu.

Mangsa kemudian telah membuat semakan akaun dan mendapati wang di dalamnya tielah lesap.

“Mangsa telah memberikan tujuh maklumat akaun bank miliknya dan mengalai kerugian sebanyak lebih RM1.3 juta,” katanya.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati apatah lagi sindiket tersebut sering menjadikan warga emas sebagai sasaran penipuan mereka. -SM

(Visited 336 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button