Jenayah

Undang-Undang Malaysia Sayangi Penjenayah Yang Ada Tukang Jamin Kaya-Raya?

Memang undang-undang diperlukan dalam sesebuah negara untuk menegakkan keadilan serta keselamatan rakyatnya tanpa mengira latar belakang dan sebagainya.

Namun melihat realiti yang berlaku dalam masyarakat setempat, lokap mungkin boleh disifatkan hanya untuk penjenayah kategori miskin dan tiada penjamin.

Bagi penjenayah yang ada tukang jamin dengan bayaran tertentu, ternyata mereka boleh bebas semula untuk bergiat aktif dalam masyarakat seperti sebelum ini.

Jika nanti kena tangkap dan direman lagi, ada tukang jamin dan sudah pasti boleh lepas dan kitaran ini tidak begitu difahami oleh masyarakat.

Sebab itulah ramai yang bertepuk tangan apabila penjenayah ditangkap namun tidak lama kemudian, mereka boleh kembali semula sambil tersenyum.

Hatta pihak berkuasa yang menjalankan undang-undang pun tidak boleh berbuat apa-apa kerana undang-undang manusia sudah tertulis begitu tanpa hukum Islam.

Biar pun si penjenayah ini merupakan tokan dadah, kaki pukul isteri, rosakkan harta benda awam namun percayalah jika si penjenayah itu ada penjamin, semua benda boleh selesai.

Memikirkan keadaan ini, penulis jadi risau terhadap keselamatan mangsa terutama ahli keluarganya kerana anak dan isteri mereka sering menjadi tempat melepaskan amarah.

Entahlah.. kalau sudah keluar masuk lokap berulang kali atas rekod jenayah tetapi masih boleh dibebaskan selagi ada penjamin, tak peliklah kenapa dunia gangster atau dunia ekonomi hitam segar dan mekar!

(Visited 385 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button