Rencah Hidup

Uncle Kentang lancar 8 ambulans percuma untuk masyarakat Lembah Klang

INDIVIDU bernama Kuan Chee Heng hari ini melancarkan ambulans ke-8 untuk kemudahan individu yang memerlukan perkhidmatan itu di sekitar Lembah Klang.

Kuan atau mesra dengan panggilan Uncle Kentang berkata, dia mahu memperluaskan lagi  perkhidmatan ambulans secara percumanya itu ke seluruh negara.

Menerusi organisasi pimpinannya, Community Policing Malaysia (CPM, dia memberitahu, sedang merancang untuk melancarkan empat lagi ambulans.

“Besar kemungkinan rancangan untuk melancarkan lagi empat ambulans akan dilakukan tahun depan.

“Kawasan yang dikenal pasti menerima empat perkhidmatan ambulans secara percuma untuk kegunaan masyarakat adalah di Pengerang di Johor kerana jarak ke Johor Bahru agak jauh,” katanya.

Kuen memberitahu, dia menyimpan hasrat untuk melancarkan ambulans ke seluruh negara.

Untuk rekod, Kuan membeli ambulans itu pada harga RM150,000 melalui sumbangan daripada penyokong NGO itu di Facebook.

Community Policing Malaysia juga mempunyai 8 van jenazah bagi mereka yang memerlukan.

Selain menyediakan perkhidmatan teksi untuk membawa pesakit pergi dan balik ke fasiliti perubatan.

Kuan berkata, ambulans NGO itu adalah inisiatif bagi membantu banyak isi rumah berpendapatan rendah yang memilih untuk tidak mendapatkan rawatan perubatan kerana tidak mampu menanggung kos perjalanan.

Jelasnya, perkhidmatan seperti itu membantu mereka yang berpendapatan rendah memperoleh intervensi awal supaya mereka dapat mengelakkan rawatan perubatan yang lebih mahal pada masa akan datang.

Katanya lagi, ambulans juga digunakan untuk mengangkut individu dari negeri berjiran yang perlu pergi ke Lembah Klang bagi mendapatkan rawatan pakar.

Mengambil maklum bahawa kos sewa ambulans dari Kuala Lumpur ke Terengganu boleh mencecah sehingga RM2,000, Kuan berkata, perkhidmatan ambulansnya membantu menyediakan pengangkutan bagi mereka yang mahu berada di kampung halaman pada hari-hari terakhir mereka.

“Sekiranya ibu bapa anda kelihatan tenat dan mereka ada hajat terakhir untuk ditunaikan seperti mahu pulang ke kampung halaman tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana kos, anda akan menyesal seumur hidup.

“Telefon saya. Saya akan aturkan pengangkutan,” katanya.

Mereka yang mahu memberi sumbangan seperti barang keperluan atau dana boleh menghubungi Kuan dan pasukannya di “Kentang Fund” melalui talian: 018-2683999. – FMT – SM

(Visited 1,180 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button