NasionalNegeri

Raja, Raja Perempuan Perlis terima kunjungan Sultan, Tengku Permaisuri Selangor

Tuanku Tengku Fauziah menerima cendera kenangan dari Tengku Permaisuri Norashikin di Istana Arau. – Gambar Ihsan Istana Arau

RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan menerima kunjungan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj serta Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin di Balai Menghadap Hijau, Istana Arau hari ini.

Tuanku Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor turut diiringi oleh Tengku Syarif Panglima Perlis, Tan Sri Syed Zainol Anwar Jamalullail dan Tengku Puan Panglima Perlis, Tengku Puteri Norzehan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

Tuanku Syed Sirajuddin dan Sultan Sharafuddin Idris Shah berbual semasa pertemuan di Istana Arau. – Gambar Ihsan Istana Arau

Berangkat menyambut keberangkatan tiba dan seterusnya mengucapkan selamat berangkat pulang kepada Baginda berdua di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin pada pertemuan dengan Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar. – Gambar Ihsan Istana Arau

Majlis turut diserikan lagi dengan Majlis Santapan Tengahari bersama Duli-Duli Tuanku.

Sesi pertemuan yang bermula pukul 12 tengah hari itu berakhir pada kira-kira pukul 2.50 petang. – SM

(Visited 90 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button