Rencah Hidup

Umpama mati hidup semula-Boeing 737-8H6 turun menjunam

SERIAU rasanya melihat gambarajah radar yang menunjukkan pesawat Boeing 737-8H6 turun menjunam sehingga 12,928 kaki dari ketinggian 25,000 kaki.

Dalam tempoh beberapa saat sahaja, pesawat yang terbang pada ketinggian 25,000 turun sehingga 23,000 kaki

Boleh bayangkan bagaimana perasaan para penumpang di dalam pesawat itu yang bukan sahaja menjerit tetapi menangis dan mengucap ingat mati.

Perasaan yang sama juga dirasai oleh anak-anak kapal atau kru pesawat walaupun mereka tidak bercakap dan bercerita.
Halimah Nasoha yang duduk di dalam pesawat Boeing 737-8H6 membuka cerita mengisahkan dan berkongsi pengalaman menerusi catatan Facebook.


Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke destinasi, Tawau pada pukul 2.30 petang, 3 April.

Kata Halimah, selepas kira-kira 30 minit berlepas, secara tiba-tiba pesawat yang dinaikinya turun ketinggian (Altitude) secara mendadak.

Ketika kejadian itu berlaku, Halimah berkata, dia tidak memakai tali pinggang keselamatan kerana isyarat penggunaan alat keselamtan itu telah dipadamkan.

Disebabkan itu, dia merasa seperti melambung-lambung ekoran pesawat tersebut secara tiba-tiba kehilangan altitude ketinggian.

“Dalam 10 minit flight dalam keadaan tidak stabil dan selepas dia naik balik, dia jatuh lagi tetapi tidak seteruk macam kali pertama,” katanya sambil menambah, penumpang lain menjerit dan menangis dan merasakan ajal sudah dekat.

Berdasarkan semakan di aplikasi flight radar, pesawat berpatah balik ke KLIA selepas berlepas.

Kata Halimah, semakan menggunakan aplikasi berkenaan menunjukkan pesawat itu selepas membuat pusingan di kawasan Laut China Selatan dan Melaka, selamat mendarat di KLIa.

Syarikat penerbangan berkenaan kemudiannya mengatur penerbangan menggunakan kapal terbang lain supaya semua bertolak semula ke Tawau dan tiba pada pukul 9.50 malam, 3 April.

Selain bersyukur, Halimah memuji kecekapan juruterbang mengendali pesawat  berkenaan dalam saat kecemasan.

Pujian juga dan ucapan terima kasih diberikan kepada kru pesawat berkenaan yang berjaya mengendalikan tempoh cemas itu dengan baik sehingga pesawat berpatah balik dan mendarat semula di KLIA.

“Tidak semua orang akan mengalami pengalaman langsung seperti ini dan masih hidup untuk berkongsikan cerita ini dan saya bersyukur kepada Allah,” kata Halimah. – SM

(Visited 104 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button