Hiburan

Paksa orang masuk Islam itu tindakan tidak bermoral – Adam Corrie

PELAKON mualaf, Adam Corrie menegaskan bahawa tindakan memaksa sesiapa pun untuk memeluk agama Islam adalah tidak bermoral.

Adam berkata demikian selepas menerima mesej yang memberitahu dia memaksa individu untuk masuk Islam.

“Untuk pengetahuan secara umum yang berniat kembali kepada fitrah, tiada paksaan kepada sesiapa sahaja untuk kembali kepada fitrah.

“Semua terpulang kepada empunya diri. Hidayah itu milik Allah. Saya hanya boleh menceritakan keindahan Islam. Itu sahaja,” katanya.

Menurut Adam, banyak individu yang dibawa untuk memeluk agama Islam adalah orang yang tidak pernah dikenalinya.

Malah, jelasnya, mereka sendiri yang datang dan menyatakan hasrat untuk mengucap syahadah.

“Ketika hari saya hendak syahadahkan mereka. Memang menjadi perkara yang wajib saya bertanya.

“Kenapa ingin memeluk Islam?; Bertanya latar belakang mereka; Adakah sebarang paksaan dari sesiapa untuk memeluk Islam? dan Jika tiada sebarang paksaan baru saya akan memimpin mereka syahadah.

“Jika ada yang seseorang memaksa memeluk Islam itu adalah perkara yang tidak bermoral,” katanya.

Menurut Adam, tiada bayaran dikenakan untuk masuk Islam dan cukup dengam membawa diri dan hati yang tulus cintakan Islam itu sahaja.

Tambahnya, dia juga akan mengesyorkan mereka untuk mengikut kelas agama di mana-mana majlis agama Islam negeri masing-masing untuk mendalami agama Islam. -SM

(Visited 858 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button