Politik

UMNO tidak jujur, jalin kerjasama dengan Bersatu hanya untuk jawatan

UMNO didakwa tidak jujur kerana mereka didakwa menjalin kerjasama dengan Bersatu hanya untuk mendapatkan jawatan.

Bekas menteri besar Johor Osman Sapian berkata, sebab itu bukan sesuatu yang mengejutkan apabila beberapa pemimpin parti itu itu membuat kenyataan untuk memutuskan kerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Memetik laporan Malaysiakini, beliau mendakwa penyertaan UMNO ke dalam kerajaan Perikatan Nasional disebabkan sebilangan pemimpin parti tersebut mengharapkan kedudukan dan jawatan.

“Kita tidak terperanjat jika Umno mahu berbuat demikian kerana perkara ini kita sudah nampak dari awal lagi apabila mereka bersama Bersatu hanya untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan.

“Apabila jadi kerajaan dan mempunyai kedudukan, mereka jadikan ia sebagai platform untuk perkukuh kedudukan dengan meletakkan individu di jawatan berkepentingan sama ada di peringkat akar umbi seperti ketua kampung, ahli majlis atau di peringkat lebih tinggi,” katanya.

Osman yang juga Adun Kempas berkata antara individu pemimpin Umno yang lantang bersuara ketika ini adalah mereka yang tewas dalam PRU lalu serta tidak mendapat kedudukan yang diinginkan.

Katanya, ini termasuklah mereka yang pernah memegang jawatan tinggi dalam kerajaan sewaktu pentadbiran BN sebelum gabungan parti politik itu tumbang pada PRU14.

“Umno ini pemimpin mereka ramai yang tidak jujur, bukan sahaja tidak jujur dengan Bersatu, tetapi juga dengan masyarakat.

“Jika hasratnya mahu membantu dan memberi manfaat kepada rakyat, mereka masih boleh berbuat demikian walaupun berada di luar kerajaan dan tidak memegang sebarang jawatan besar,” katanya.

(Visited 115 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button