Politik

UMNO tarik sokongan terhadap Kerajaan PN, Muhyiddin

UMNO hari ini mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan Kerajaan Pakatan Nasionl dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin sebagai Perdana Menteri.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan hari ini berkata, UMNO memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO.

“Kenyataan terbaru Perdana Menteri hari ini, tidak menjernihkan masalah bahkan menyerlahkan kekhilafan Kerajaan yang jelas telah menyanggah titah KDYMM Yang di-Pertuan Agong, malah mempersendakan baginda, yang hakikatnya sudah beberapa kali menitahkan untuk semua Ordinan Darurat dibahaskan dan diungkaikan sebelum 1 Ogos lagi bukan September 2021, sejajar dengan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.

“Bagi menzahirkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada KDYMM Yang diPertuan Agong maka, Majlis Kerja Tertinggi sebulat suara bersepakat untuk menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional dan Tan Sri Mahiaddin Md Yasin selaku Perdana Menteri,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, Surat Akuan ahli-ahli Parlimen UMNO yang mencukupi angka bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Muhyiddin sebagai perdana menteri telahpun dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Surat sokongan tersebut sekaligus menunjukkan kepimpinan Muhyiddin sudah hilang majoriti dan keabsahan selaku ketua kerajaan

Ahmad Zahid juga mendesak Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri secara terhormat sebagai tanggungjawab atas kegagalan dan keingkaran kerajaan yang didakwanya menyanggah titah Yang di-Pertuan Agong.

Ahli Parlimen yang hadir pada sidang akhbar tersebut adalah Datuk Seri Najib Abdul Razak (Pekan), Datuk Seri Azalina Said Othman (Penggerang), Mohd Nizar Zakaria (Parit), Datuk Seri Azeez Abdul Rahim (Baling), Tan Sri
Noh Omar (Tanjung Karang), Datuk Ahmad Nazlan Idris (Jerantut), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Machang)
Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang), Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands) dan Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian)-SM

 

(Visited 84 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button