Nasional

11 juta penduduk lengkap dua dos vaksin

Bilangan penduduk dewasa yang lengkap menerima dua dos vaksin kini meningkat kepada 11.060 juta orang.

Jumlah tersebut meliputi 47.2 peratus daripada keseluruhan penduduk dewasa di Malaysia.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 JKJAV seramai 17.252 juta atau 73.7 peratus penduduk dewasa kini telah disuntik dengan satu dos vaksin.

Labuan mencatatkan bilangan peratus tertinggi penduduk dewasa lengkap menerima dua dos iaitu 89.3 peratus.

Diikuti Sarawak (81.5 peratus), Lembah Kelang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (68.9 peratus), Negeri Sembilan (64.5 peratus) dan Perlis (55.2 peratus).


Lembah Kelang mencatatkan peratus tertinggi penduduk telah disuntik dengan satu dos vaksin iaitu 105.6 peratus.

Diikuti Labuan (99.3 peratus), Sarawak (89.2 peratus) dan Negeri Sembilan (84.7 peratus).

Semalam sejumlah 501,776 dos vaksin diberikan meliputi 175,874 dos pertama dan 326,902 dos kedua.-SM

(Visited 95 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button