Nasional

Tiada lagi kenaikan tol untuk lebuh raya LDP, SMART, SPRINT dan Kesas

Tidak akan ada lagi kenaikan kadar tol untuk lebuh raya LDP, SMART, SPRINT dan Kesas, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail berkata kerajaan telah bersetuju dengan cadangan untuk menstruktur semula konsesi tol bagi lebuh raya ini yang akan menyaksikan kadar tol sedia ada kekal sehingga tamat tempoh konsesi masing-masing.

Beliau juga berkata ini akan menyaksikan kerajaan menjimatkan sekurang-kurangnya RM4.3 bilion pampasan bagi menangguhkan kenaikan kadar tol sepanjang tempoh konsesi.

“Ini adalah usaha berterusan kerajaan untuk memastikan rakyat Malaysia tidak terbeban dengan sebarang kenaikan kadar tol, seperti yang termaktub dalam perjanjian konsesi.

“Penjimatan ini boleh digunakan untuk projek pembangunan infrastruktur negara lain atau program yang perlu diutamakan demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya.

Ismail berkata penstrukturan semula itu selaras dengan prinsip dan objektif utama kerajaan iaitu untuk meringankan beban rakyat tanpa sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.

Beliau berkata butiran lanjut mengenai kelulusan kerajaan terhadap penstrukturan semula itu akan diumumkan oleh Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof.

 

(Visited 260 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button