Luar Negara

Sokongan supaya Trump disingkirkan meningkat

PUNGUTAN pendapat yang dilakukan oleh MSN menunjukkan sokongan terhadap cadangan supaya Presiden Donald Trump disingkirkan daripada jawatan itu mencatatkan keputusan tertinggi.

Sebanyak 55 peratus mereka yang ditanya memihak kepada Kongres mengenakan tindakan mendakwa Donald Trump. Angka itu melonjak daripada 48 peratus minggu sebelumnya.

Sementara itu jumlah yang menentang penyingkiran itu menurun kepada tahap terendah menurut pungutan suara itu.

Pada hari Krismas, 40 peratus menentang pengundian oleh Senat untuk menyingkirkan presiden yang didapati ada kaitan dalam urusan dengan dengan Ukraine dan cubaan menghalang Kongres.

Jurang antara dua pandangan itu semakin melebar sejak minggu lalu, di mana perbezaan antara yang menyokong dan yang menentang penyingkiran Trump ialah 48 dan 47 peratus.

Pada minggu lalu 48 peratus menyokong penyingkiran dan 47 peratus menentang.

Peratus responden yang berada atas pagar juga meningkat.

Pakar ekonomi dari Microsoft Research, David Rothschild berkata, jumlah yang berubah daripada menentang kepada penyingkiran dan kepada ‘tidak tahu’ sangat ketara.

“Apabila kita mengikuti pungutan suaran ini setiap hari, kita dapati orang jarang berubah daripada menentang kepada menyokong.

“Pungutan suara ini petanda jelas bahawa polisi parti Republikan tidak berjaya menarik perhatian orang ramai.” katanya. – Independent

(Visited 184 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.
Back to top button