NasionalParlimen

Benar pencapaian jalur lebar di Sabah masih bermasalah – Annuar Musa

JAWAPAN jujur daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dalam siding Dewan Rakyat hari ini, beliau tidak menafikan pencapaian atau perkhidmatan jalur lebar di Sabah masih bermasalah dan lemah.

Jelas beliau, ini kerana berdasarkan pemantauan dan kerja-kerja yang sedang dilaksanakan di bawah program Jendela Fasa Satu misalnya, daripada 614 menara yang diluluskan di bawah fasa satu, baru 142 yang berjaya disiapkan.

Menurut Menteri K-KOMM itu lagi, walau bagaimana pun, soalan yang merujuk kepada tahap kemajuan pencapaian jalur lebar satelit, daripada138 projek di bawah fasa satu, kesemuanya telah disiapkan termasuk dua di kawasan Beaufort.

“Secara keseluruhannya kemajuan peratusan liputan 4G di negeri Sabah telah pun meningkat kepada 87.55 peratus pada suku kedua tahun ini, 2022 berbanding dengan 73.41 peratus sebelum pelaksanaan Jendela.

“Kita telah mengenalpasti sebanyak 290 lokaliti lagi di bawah Jendela Fasa Dua yang memerlukan perkhidmatan jalur lebar satelit,” katanya.

Annuar berkata demikian dalam menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Azizah Mohd Dun (BERSATU)di Dewan Rakyat.

Beliau bertanya, apakah pendekatan kementerian untuk mengenal pasti kawasan luar bandar yang masih tidak mempunyai rangkaian internet atau no connection atau pun lemah terutamanya di kawasan kampung . – SM

(Visited 120 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button