NasionalNegeri

Belia Selangor perlu rebut peluang disediakan kerajaan negeri

GENERASI belia di Selangor perlu mencari jalan dengan untuk mencari pendapatan menggunakan peluang yang ditawarkan Kerajaan Negeri.

Hal demikian termasuklah mencari peluang untuk meningkatkan taraf kehidupan terutama ketika pandemik Koronavirus (Covid-19) yang menyebabkan masalah pengangguran serius.

Ini termasuklah tawaran Program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) yang dianjurkan Kerajaan Negeri Selangor bersama Majlis Sukan Negeri (MSN).

RiDE memberi akan memberi peluang kepada mereka yang tidak mempunyai lesen motosikal untuk tetapi ingin menyertai sektor ekonomi e-hailing bagi menjana pendapatan.

“Setiap orang daripada 3,000 peserta akan diberi subsidi antara RM350 hingga RM380 untuk mendapatkan lesen motosikal.

BACA > Cullinan SUV paling berkuasa dari Rolls-Royce — Suara Merdeka

“Apabila berjaya lulus menerusi program RiDE, mereka akan menjalani latihan berkenaan dengan e-hailing bersama operator, Mat Despatch.”

Demikian kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam ucapan perasmian RiDE di Bangunan SUK Selangor, Shah Alam hari ini.

Tambah beliau, program tersebut tidak seharusnya dilepaskan kerana ia adalah peluang untuk menjana pendapatan bagi golongan belia.

Ia juga disifatkan sebagai satu langkah dan inisiatif yang boleh dilakukan oleh anak muda terdiri daripada golongan miskin bandar untuk meningkatkan pendapatan.

“Jadinya kita hendak anak-anak muda terutama yang terperangkap dengan cengkaman miskin bandar dapat mengeluarkan diri mereka dengan peluang sebegini.

BACA > Mujahid bisik pada menteri agama agar jujur jawab isu TH — Suara Merdeka

“Jadi mereka akan disahkan bukan lesen sahaja tetapi ada sijil pengendali e-hailing penghantaran makanan,” jelasnya.

Jelas Amirudin lagi, apabila peserta tamat latihan, mereka boleh menyertai mana-mana syarikat e-hailing.

Sementara syarikat e-hailing juga boleh mengambil peserta yang tamat latihan sebagai pengendali penghantar makanan atau barangan.

Katanya, inisiatif ini merupakan salah satu agenda transformasi ke arah digitalisasi terutama dalam situasi pandemik Covid-19.

Malah, ia juga sebahagian daripada langkah kerajaan Selangor menuju matlamat Negeri Pintar menjelang 2025.

“Ini adalah sebahagian daripada inisatif digitalisasi yang mana anak-anak muda tidak sahaja menceburi bidang perniagaan konvensional tetapi digital.

“Ini adalah satu perubahan yang dilakukan sekarang. Proses digitalisasi adalah sekarang bukan tahun 2023 atau 2025.

BACA > RM2 juta subsidi lesen, latihan e-hailing belia Selangor — Suara Merdeka

“Cabaran baharu Covid-19 mengajar kita digitalisasi sangat perlu dalam kehidupan kita termasuk berhadapan dengan krisis,” ujarnya. – SM

(Visited 232 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button