Nasional

SHT Egineering sumbang kepada tabung pendidikan dan latihan

SHT Engineering Sdn Bhd menyakurkan sumbangan kebajikan bernilai RM50,000 kepada Tabung Pusat Pendidikan dan Latihan Autism (A-Heart) Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan RM50,000 kepada Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE).

Penyerahan tersebut disaksikan oleh
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dalam satu Majlis Kesyukuran yang diadakan di Cashmere & Silk Ballroom, Zenith Hotel, Putrajaya pada malam semalam.

Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut oleh Pengarah Urusan SHT Engineering Sdn Bhd,, Hj Muhammad Aiman Loh Abdullah.

Penyampaian sumbangan tersebut disempurnakan oleh Muhammad Aiman Loh kepada Pakar Bius Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Syed Abdul Aziz Syed Zin Benyahya yang mewakili A-Heart YTSP Perlis; dan Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa Pustaka (DBP), Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran selaku Penasihat FCoEE.

SHT Engineering Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang menawarkan rangkaian komprehensif teknologi canggih dan penyelesaian teknologi maklumat serta komunikasi untuk memenuhi pelbagai aplikasi dan keperluan lain. Syarikat ini turut menyediakan penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi bersepadu kepada pelbagai industri termasuk tenaga, minyak dan gas, utiliti, telekomunikasi, kerajaan, perbankan dan kewangan.

Majlis pada malam itu turut diserikan lagi dengan Sesi Perkongsian Ilmu oleh Masitah Mohd Afandy, Pemengaruh Tik Tok dan CEO NM Aircond dan
persembahan oleh “Kumpulan Gambus Al Hilal Muar Johor”.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Pengerusi YTSP Perlis dan Yang DiPertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang menaungi FCoEE serta Tuanku Dr Lailatul Shahreen Akashah selaku Penaung A-Heart menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan oleh pihak SHT Engineering Sdn Bhd yang amat prihatin dan menitikberatkan aktiviti sosial dan kebajikan masyarakat.

‘Sumbangan ini akan dimanfaatkan sebaiknya terutama dalam bidang pendidikan di negeri Perlis’ titah Tuanku Raja Muda dan Tuanku Raja Puan Muda.

GALERI FOTO

(Visited 131 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button