Politik

UMNO perlu cari pendekatan luar biasa untuk bangunkan semula parti – PAU2022

Dalam membangun semula UMNO sebagai parti yang berwibawa dan diyakini, UMNO mesti mencari pendekatan luar biasa.

Bagi Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, parti keramat itu mesti melakukan, perkara di luar kelaziman.

“UMNO memerlukan kecerdasan yang baru. Bukan lagi naratif dan slogan kosong. Bukan sekadar, meraih kepercayaan tetapi menterjemahkan pertanggungjawaban.

“Bekerja keras, sekeras-kerasnya, bukan menerima, sebanyak-banyaknya. Mengurangkan politik, memperbanyakkan berfikir. Meredakan perselisihan, mengembalikan kesatuan,” katanya.

Yang hadir sama, Ketua Wanita, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad; Ketua Pemuda, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Puteri, Datuk Zahida Zarik Khan.

Turut hadir, Naib-Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Dalam masa sama, Mohamad Hasan meminta akar umbi parti itu untuk tidak terkejut apabila mendengar ikhtiar yang akan parti umumkan adalah sesuatu yang sangat asing dan di luar kebiasaan.

Tegas Mohamad Hasan, orang Melayu boleh hidup tanpa UMNO tetapi orang Melayu tidak boleh berkehidupan, tanpa Islam, tanpa ilmu, tanpa kemajuan.

“Dahulu kita memerintah, kebitaraan kita sesuai dengan latar masa tersebut. Sekarang, kita tidak menguasai Kerajaan.

“Maka sikap, pemikiran, dan kecerdasan kita juga harus disesuaikan untuk memanfaatkan peranan baru UMNO,” katanya dalam ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

(Visited 83 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button